Rabu, 25 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Perancis Julang Piala Dunia Bawah 20 Tahun

Perancis Julang Piala Dunia Bawah 20 Tahun

Perancis Julang Piala Dunia Bawah 20 Tahun

ISTANBUL – Perancis muncul juara bola sepak Piala Dunia Bawah 20 tahun selepas menewaskan Uruguay 4-1, awal pagi tadi menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas tamat masa tambahan.
Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Alphonse Areola menjadi hero Perancis apabila menyelamatkan tendangan panalti Emiliano Velazquez dan Giorgian De Arrascaeta.
Gol terakhir Perancis disumbat masuk oleh Dimitri Foulquier menewaskan penjaga gawang Uruguay, Guillermo De Amores.
Kedua-dua penjaga gol menunjukkan kehebatan menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya lawan untuk melanjutkan permainan ke masa tambahan.
Terdahulu Ghana memastikan tempat ketiga kejohanan selepas menewaskan Iraq 3-0.
Gol Ghana diperoleh menerusi Joseph Attamah, Ebenezer Assifuah dan Frank Acheampong. – AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar