Sabtu, 21 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Hujan Bakal Gegar Pentas DFP

Hujan Bakal Gegar Pentas DFP


Bukan calang-calang penghibur yang diberi kesempatan dan ruang untuk mempersembahkan muziknya di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Selepas Yuna, Aizat, Najwa dan Hafiz, kini tiba giliran kumpulan Hujan untuk menghiburkan peminatnya di lokasi yang sama.

Hujan yang popular dengan lagu Pagi Yang Gelap dijadual bakal menggegarkan DFP pada 2 Disember depan, jam 8.30 malam.

Kumpulan yang dianggotai Noh selaku gitaris dan vokalis, AG Coco (keyboard), Dimas (bassist) dan Ambobzella (drummer) akan mempersembahkan barisan lagu-lagu popular mereka seperti Aku Skandal, Bila Aku Sudah Tiada, Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy dan banyak lagi.

Untuk menempah tiket, anda bolehlah melayari dfp_boxoffice@petronas.com.my.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar