Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DPA) Raul Hernandez berkata pencerobohan sekumpulan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah tamat, lapor akhbar The Philippine Inquirer.
Hernandez memberitahu satu sidang akhbar bahawa duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim bertemu dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) untuk memaklumkanbahawa pihak berkuasa Malaysia telah menyerang kampung tempat kumpulan penceroboh Sulu itu berkubu.

Memetik laporan yang diberikan oleh duta Malaysia, Hernandez berkata 10 pengikut sultan Sulu telah menyerahkan dari.
Beliau juga berkata tiga orang terbunuh - dua anggota polis Malaysia dan pemilik rumah di mana adik sultan,  Azzimudie Kiram tinggal.

Hernandez berkata DFA sedang mengesahkan dakwaan sultan Sulu di Manila bahawa 10 pengikut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.

Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain.

"Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang.

"Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.

Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin.