Senin, 03 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Mayat Terkapar Di Jalanan Selepas Taufan Haiyan

Mayat Terkapar Di Jalanan Selepas Taufan Haiyan


Sekurang-kurangnya 100 orang dilaporkan maut disebabkan Taufan Haiyan yang melanda  bandar Tacloban di Filipina, semalam.

Salah seorang saksi, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penerbangan Awam, Kapten John Andrews berkata, mayat-mayat dapat dilihat terkapar di jalanan selepas ribut berakhir.

Taufan kuat tersebut merobohkan bangunan, mencetus tanah runtuh dan mendatangkan bah yang menyerang bandar tersebut sekaligus meragut empat nyawa serta merta.

Agensi kebajikan pula menghadapi masalah untuk datang menghulurkan bantuan ke bandar berkenaan apabila lapangan terbang turut musnah.

Buat masa ini, Kerajaan Filipina masih belum mengeluarkan angka korban sebenar tetapi lebih 12 juta penduduknya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Pada masa sama, kebanyakan wilayah Filipina masih proses pemulihan akibat gempa bumi yang melanda bulan lepas.

Taufan Haiyan kini dijangka menuju ke Vietnam dan bakal mencetus kemusnahan di negara tersebut, esok (Ahad).

Sehubungan itu Vietnam sedang giat melakukan proses pemindahan lebih 100,000 penduduknya ke tempat selamat. – REM RAMZI

Sumber: BBC News





Tidak ada komentar:

Posting Komentar