Minggu, 02 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Warga Asing Beli Kad PR Orang Mati

Warga Asing Beli Kad PR Orang Mati


AYER KEROH – Dengan bayaran RM250, seorang buruh binaan warga Indonesia dapat ‘hidup tenang’ dan tinggal di negara ini sejak 24 tahun lalu menggunakan kad pengenalan penduduk tetap (PR) milik rakannya yang sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, kesenangan dinikmati tidak bertahan lama selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka dalam satu serbuan di rumah kedai Taman Melaka Raya, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 49 tahun dan berasal dari Surabaya itu ditahan selepas gagal menunjukkan permit masuk bersama-sama kad pengenalan PR kepada pegawai penguatkuasa dalam serbuan kira-kira 2 pagi.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, siasatan lanjut dilakukan, lelaki yang mempunyai isteri dan anak yang ditanggalkan di Indonesia itu memaklumkan dia memiliki kad bewarna merah itu tidak sampai setahun berada di negara ini.

“Lelaki itu mendakwa masuk ke Malaysia sejak 1989 dan tidak sampai setahun memiliki kad PR kepunyaan rakannya sudah meninggal dunia yang dibeli dengan harga RM250.

“Dia ditahan dalam sebuah rumah kedai bersama 17 lelaki Indonesia yang lain kerana gagal menunjukkan permit masuk yang sepatunya ditunjukkan bersama-sama kad pengenalan merah itu,” katanya pada sidang media di pejabat penguatkuasa Jabatan

Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Kamalludin berkata, pihaknya akan merujuk Jabatan Pendafaran Negara bagi mengetahui status sebenar lelaki berkenaan sebelum apa-apa tindakan lanjut dapat dilakukan.

“Lelaki itu antara 50 orang ditahan daripada 115 pemeriksaan dilakukan di tiga lokasi berbeza di bermula jam 6 petang hingga 3 pagi semalam.

“Kesemua 42 lelaki dan lapan perempuan yang ditahan berusia 21 hingga 56 tahun iaitu berasal dari negeara Indonesia, Bangladeh, Nepal dan Pakistan itu ditahan bagi membantu siasatan di atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Terdahulu, pihaknya menahan lima pengawal keselamatan warga nepal yang sedang bekerja di pos pengawal sebuah Apartment berhampiran Pengkalan Batu, di sini kerana tidak mempunyai pas yang sah, kira-kira 6.30 petang semalam.

“Dua lelaki Bangladesh turut ditahan bersama teman wanita masing-masing yang berasal dari Indonesia di tempat tinggal kedua-dua lelaki berkenaan di salah satu unit rumah kedai di Taman Melaka Raya dalam serbuan yang mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

Kamalludin berkata, kesemua 50 pendatang asing itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara tanpa pas/permit sah, tinggal melebihi masa yang dibenarkan, memberi perlindungan kepada sesiapa membuat kesalahan di bawah Akta Imigresen dan bersubahat atau melibatkan diri untuk melakukan kesalahan di bawah akta sama. – Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar